Pages

Showing posts with label my trusted brand. Show all posts
Showing posts with label my trusted brand. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Mi Sapi Haji Salleh

Seminggu sebelum terbang ke Kuala Lumpur, abang kandung aku telah menunaikan hasrat dalam my WISHES. Kami makan mi sapi haji salleh kat satok. Fuhh~ sedappp. memang tiada tandingan. Itu namanya favorite. Ayahanda memang suka makan kat sini. So, saya telah pun di latih untuk makan mi sapi kat satok ni sedari kecil lagi. :) 
  
Dalam entri ku yang lepas yang bertajuk Bila ada rasa nak makan mee kolok, aku telah menceritakan tentang keinginan untuk makan mee kolok. Hari tu nak bubuh gambar, tapi macam takde gambar yang memuaskan hati kat google, semuanya macam aku tak nak...

Ini gambar mi sapi yang telah habis ku makan, lalu buat hati ku senang. tapi cili tu memang pedas. Aku amik sikit je sebab, tak lengkap tak makan dengan cili tu. :D


Ini set lengkap mi sapi, nak makan ni kena ada semua ni. I tell you, mi sapi ni sangat amazing. Sebab, walaupun aku tak suka makan makanan yang pedas-pedas, tapi ada pengecualian untuk mi sapi. Biar pun tak tahan pedas, berpeluh, bibir dah rasa tebal...nak jugak proceed makan. Kalau boleh, dua mangkuk aku bedal. Kesedapannya memang tak terkata. tak boleh nak describe lagi macam mana. Korang kena datang sini makan kat sini juga.
Mi sapi ni aku tak faham. Persoalan yang dari dulu lagi aku tak pernah dapat jawapan~ Apa beza Mi sapi dengan Mi kolok? Ada sesiapa yang boleh tolong explainkan untuk aku? Aku tak faham. Dari dulu sampai sekarang... So, rakan-rakan orang semenanjung malaysia, jangan tanya aku. aku tak tau... ( ^_^)''

Yang aku tau, aku boleh sebut satu-satu ingredient yang tersurat dalam mangkuk mi ni.

  1. Mi macam mi kolok yang aku tak tau mana nak beli
  2. Hirisan daging yang telah di sup
  3. Tauge
  4. Camcai (sejenis makanan yang masin rasanya)
  5. Cili padi yang sedap walaupun pedas ku tahan jua
  6. Sup yang sedap lama direneh
Cara-cara memasak tu, sumpah memang tak reti masak benda ni. Tak pernah buat, tak pernah tengok orang buat pun. Macam mana nak pandai? 

Gambar ini bukan gambar hiasan, tapi memang sengaja nak upload. sangat excited bila dapat makan mi Sapi kat sini. Lain kali, kalau datang Sarawak singgah sini ye kawan-kawan... Kalau korang tanya pun akan ku rekomen dekat sini. Best sangat, walaupun mahal sikit tapi worth memakannya. Korang akan merasa happy. satu lagi, aku nak belajar masak benda ni one day. Dengar-dengar payah sikit...tapi tak apa. Aku cuba, :)

Friday, October 15, 2010

Hari Yang Cerah

Hari ni, bermula dengan mendung lepas tu cerah, lepas cerah mendung nak ribut, kemudian cerah lagi lepas tu malam.

mula-mula mendung lepas tu cerah:

Pagi ni, bangun lambat sebab tidur lambat. malam tadi ribut taufan, lepas tu tidur tak sedar apa jadi dah.. Bangun pagi 8:30am. Pagi tadi ada kelas Special Topics in Public Relations and aku ada presentation T_T. Mak aii~ takot wei... Aku sampai kelas 9:20am... Almost sejam aku lambat. Sedih gila. Time macam ni tak boleh nak cepat. Fasalnya, aku mandi secara tak normal, kena cuci luka secara mandiri dan balut dengan kemas. Yang paling sadis, aku kena panjat tangga biru, tangga kejayaan itu dan berjalan secara lambat. Usually aku boleh sampai fakulti dalam 6-8minit sahaja dengan speed yang habis meter laa... tapi ini meter 40km/j memang haru...

ini tangga biru tangga kejayaan bukan usaha tangga kejayaan

Dah sampai kelas dah, tiba-tiba terkejut tengok groupmate tengah present secara solo. Oh, mana perginya yang lain? Sunggu menggeramkan. Tak apa, aku terus join groupmate aku present di depan. Setelah present, diberi briefing untuk final exam unuk paper ni 25th October ni. Our first and second last paper untuk semester ini. Rasa gembira. Nampak tak, hari makin cerah?

Cerah-cerah tadi tambah lagi cerah bila my classmate kata kami dapat balik duit untuk event lepas (Pulau Perhentian). Duit tu tak termasuk duit event bulan puasa yang lepas. Maknanya, jumlahnya semakin banyak! Oh yeay! Kami bayar RM 100 lalu mendapat keuntungan RM 23. Untung bukan? Yeay! Dapat duit~ lalala...Hari Isnin nanti aku claim kat treasurer comel kami. Harap-harap duit event bulan puasa boleh dapat juga Isnin nanti :')

Oh cerahnya langit!

Terus telefon kakak, bagitahu kakak aku tak dapat duit tu hari ni. Aku cakap kat kakak bahawasanya hari ini tak ada duit. Kena tunggu Isnin depan. Tapi kakak kata beliau dah bank in RM 10 dalam akaun. Aku pon berterima kasih. Beliau kata lagi duit tu ganda 10x...Oh yeay! dapat duit lagi.

Lalu telefon boyfriend ajak beliau makan, aku belanja. Beliau datang makan sebelum ke masjid dan tolong betulkan laptop aku yang tiba-tiba tak boleh on. Dengan sentuhan beliau, laptop boleh on balik. Oh my oh my, he's my computer genius. Terharu dengan kebolehan beliau. Apabila laptop ku rosak, beliau bagi sentuhan, bila spec aku terkopek...beliau betulkan balik. Oh saya sayang awak.

tolong jangan cakap aku couple dengan Cina.
Nama beliau Zai bukan Nicholas. Sekian.

lepas cerah mendung nak ribut:

Boyfriend datang balik lepas solat Jumaat. Cerah la time kami makan tengahari. Makanan murah hari ni sehinggakan bukan aku yang belanja macam yang aku niatkan. Boyfriend belanja.

Menu:

Nasi putih banyak - RM1 x 1 = RM1
Tempe - RM 1 x 1 = RM 1
Sayur - RM 0.50 x 1 = RM 0.50
Air Mineral - RM 1 x 2 = RM 2

Jumlah adalah = RM 4.50

Heh, murah. Makanan murah boleh dapat kalau hari-hari menu begini. Selepas makan, oleh kerana cuaca terlampau cerah a.k.a bahang, boyfriend pon mengajak aku makan ABC. Tapi tak jadi. Itu sebab jadi mendung lalu hampir ribut. Tak jumpa kedai best.

Kemudian terus ke Maybank Shah Alam untuk menjadi pelabur. Labur duit di ASB. Kemudian pergi membayar bil Internet kat DiGi SACC. lalu terpikat untuk membeli iPhone 4. Nak menangis aku tahu. Teruja nak beli iPhone 4 yang hebat pada masa ini. T_T

Tapi, apabila dicongak dibahagi, boleh memiliki Blackberry sahaja. Itu pon Bleckberry Curve. Namun, kalau nak beli Blackberry tu, rasa macam tak berbaloi sangat. Handphone aku lebih kurang canggih berbanding Blackberry Curve tu. Malah aku rasa handphone Sony Ericsson Hazel ni lagi best. Jadi, tak jadi nak buat pengiraan seterusnya untuk memiliki Blackberry Curve. Aku tetap tunggu masa beli iPhone 4. Tapi DiGi Smart Plan memang best. Aku nak sign up nanti walau bukan dengan iPhone 4. :')

Lalu, kami ke McD untuk buat kerja. Cerah sampai sekarang walau langit dah gelap. Harap-harap esok cerah lagi.

Ok, dah nak balik UiTM dan makan malam.

*tak sabar nak tahu kat mana aku internship Disember nanti*

Wednesday, February 3, 2010

DiGi - always the smarter choice

Post kali ni nak komen pasal DiGi dan perkhidmatannya


I've been using DiGi Telecommunication services since the past 8 years

setakat ni, sangatlah berpuas hati dengan perkhidmatan DiGi...walaupun kadang-kadang ada la kekurangannya =))


mula2, ingin aku nyatakan sejarah antara aku dengan DiGi..first time aku beli number DiGi masa aku form 2 dengan harga RM 68 satu sim pack...ala~form 2 jer...masa tu kongsi lagi handphone dgn mak aku~ hahaha...mana boleh guna selalu, tapi aku biasanya akan berjaya menggunakan handphone dan line DiGi tersebut untuk calling2 dgn my friends, boyfriends and segala friends yang aku ada. Masa tu kan kalau nak top up minimun pun RM5o, percayalah bapak aku top up seminggu dalam RM100...hanya untuk topup kan handphone aku dan mak...ampun wahai bapak! sekarang ni, aku ada buat kerja sambilan - sambil2 aku study , selalu topup kan untuk ibubapa <-- rasa bersalah dulu selalu pau mereka.. ;pp lepas tu, masa aku form 5, mak aku hadiahkan aku number DiGi yang berharga RM9.90. Sim pack ni kira sim pack yang pertama kali di jual dengan harga semurah tu di pasaran at that time, yang aku tau, kat kedai tu, aku adalah antara pembeli yang terawal untuk simpack yang harga tu...harga simpack semurah itu pun belum ramai yang tahu, beberapa hari lepas tu barulah aku nampak iklan2 terpapar di sekitar kawasan kediaman dan juga iklan2 di media massa...sebenarnya, number tu aku pakai sampai sekarang ni sebab banyak value tau...antaranya:
  • mak aku yang hadiahkan..bukan sebab birthday,sebab maybe dia dah tak tahan nak share handphone ngan aku kot..kah2..haha~ mak aku cakap, dia janji nak belikan aku number birthday aku, since aku dah tak sabar, mak aku belikan jugak number tu, sebab itu yang paling dekat dengan 2105...haha~ mak pernah pesan,jangan buang number tu, mak bagi...aku rasa macam pernah nak buang je number ni sebab aku nak guna number yang sama macam kawan aku (aku kena ada satu number je buat masa ni)...tapi bila tengok situasi dan keadaan, tak rela aku mengorbankan pemberian daripada ibunda terchenta hanya untuk seorang kawan...CINTA MAK!
  • number ni sama lebih kurang dengan number my dearest bakal suami, masa kami mula2 kenal dulu, walaupun dia guna Celcom...hihi~ tapi aku takkan lupa kejadian dia bagi number kat aku, bukan nak mintak number aku..padahal dia yang sedang mengorat ye..!! haha~ terkejut i tengok number hampir serupa - ada jodohhh!!!
  • ramai yang tahu aku guna number ni..wink2

itulah serba sedikit sejarahnya...

problem aku dgn digi ialah, masa mula2 guna plan DiGi Campus...banyaklah masalah diorang, habis kredit aku..walaupun x caj after RM1 total of daily usage...tapi kena deduct jugak kredit aku...aku ni jenis yang cepat naik angin kalau pasal $$$ aku kena potong! almost everyday aku call customer service dan menyatakan rasa tak puas hati dengan khidmat diorg...tapi nak puji satu benda lah..so far, tak pernah ada masalah dengan cutomer service diorg...they are all nice! aku dapat balik kredit aku RM puluh2 jugaklah selepas problem selesai...thanks DiGi!!

sekarang ni, dengan bangganya, aku adalah pelanggan DiGi Internet - Broadband, berkuatkuasa 19 Januari 2010!

komen tentang digi broadband:
  • Puas Hati beb!! HSDPA data service up to 3.6Mbps...yang aku selalu dapat...paling x best pun guna EDGE la data service up to 236.8kbps... nice =))
  • Murah, lagi2 untuk student macam aku ni,monthly RM58...untuk permulaan, bayar RM100 untuk dapatkan internet access + modem...xpayah bayar untuk bulan pertama sebab dah bayar RM100 tu, daripada jumlah yang dibayar untuk permulaan tadi akan di tolak RM58 jadi baki ada lagi RM42 untuk bulan kedua, since ada lagi RM16 tak cukup nak bayar untuk bulan kedua, bayar RM16 jer la..bulan ketiga baru start bayar RM58...kalau nak bayar lebih pun tak apa sebab baki tu, akan di simpan untuk bulan yang seterusnya..mudah kan...
  • yang paling best dan tengah hot di hatiku ialah~~ saat aku melayari website DiGi dan menjumpai ini....



DiGi Internet is coming soon to Ipoh and Kuching...highlight Kuching because its my hometown bebeh!! yeahhhh!!

Nanti kalau dah stabil ekonomi aku, nak guna DiGi postpaid sebab my classmate yang guna service tu cakap tak pernah ada masalah dengan DiGi~ nanti kita try ye sayang~ tapi sekarang ni tengah tunggu habis study sebab after May 2011 aku dah tak guna plan DiGi campus sebab, insyaAllah kalau tak ada aral melintang masa tu dah grad.. :) ada plan lain untuk bekas pengguna DiGi campus plan...tak tau lah apa..kita tunggu dan lihat je sebab, aku adalah dalam kalangan pelajar yang terawal menggunakan plan DiGi campus, dah register awal2 masa plan ni baru di perkenalkan... :)

Harap2 suatu hari nanti boleh dapat anugerah pengguna setia sebagai penghargaan dari DiGi Telecommunication.. :DD



*DiGi always a smarter choice*