Pages

Friday, August 31, 2012

31 ogos?

Salam 31 Ogos. 55 tahun merdeka, semoga Allah merahmati Malaysia. :)

Kali ini bukan nak cakap pasal merdeka. hahaha, bukan tiada semangat patriotik, cuma malas. 

Hari ni cuti lagi menjadikan jumlah hari bekerja minggu ni 3 hari sahaja. Isnin lepas saya tak sihat jadi dapat medical leave. Rasa macam tengah naikkan speed buat kerja. Busy. Selasa lepas, jejak je kaki kat office, sepanjang hari saya meeting. Ouh. Sekarang, memandangkan saya timbalan presiden untuk committee, I have to replace presiden sebab baby dia tengah tak sihat. Saya dimaklumkan dia cuti lebih kurang seminggu. Syukur members yang lain banyak membantu. Semoga plan semua berjalan lancar. Sekarang mix feeling nak tunggu monday. Nak happy ke tak? heuheuheu... Because monday boss baru report duty, monday rehearsal for event selasa, monday juga meeting, monday juga nak call semua press. isnin juga nak kena remind big boss pasal event dengan menteri. sekarang betul2 saya rasa saya sorang yang wujud dalam department tu. eh?

Okay, enough with works. Sekarang, awak boleh tau macam mana schedule weekdays saya. :')

Weekend?

Boring. Kalau saya keluar saya akan tengok couples dating. So, better stay kat rumah je. Oh, in my dreams la nak dating sekarang. Dah berapa bulan da tak dating. hihi.. Oh ya, btw. thanks for datang beraya kat rumah sayang. Terubat rindu. I appreciate that. Saya nak ke rumah awak, jauhh.. Teringin nak datang rumah. tapi tunggu saya ada kereta sendiri. hihihi. :)

So, weekend ni Kuching busy. Bukan sambutan merdeka, ada jomheboh kat stadium. Saya nak pergi tapi....malassss.

Kesimpulannya, weekend ni saya nak jadikan rumah ni office. Email kerja aktif weekend ni. So, colleagues hantar la email...I reply.

Sunday, August 26, 2012

Rezeki

Setiap orang ada rezekinya masing-masing. Cumanya, lain-lain. Yang penting kita kena berusaha untuk dapatkan rezeki tu. Saya sedih tengok orang yang tak ada usaha cari rezeki. Dia cakap dah usaha, tapi baru 1% usaha tak payah la nak cakap...

Kalau nak dibandingkan, saya tidak sehebat mana dalam pelajaran. SPM pun nak bangga apa? Tak ada benda. Tapi, saya bangga sebab saya dah ada SPM. Ada orang tak ada SPM tau. Masa mula-mula dapat offer study kat Melaka belajar diploma dulu pun saya pandang sebelah mata je sebab tak mampu pergi. Jealous tengok kawan-kawan further study kat uni..tapi tak apa, saya fikir saya ada matlamat. Walau apa cara sekali pun, saya mesti capai matlamat saya, which is, my sister yang bijak rajin ada degree and I must have one too. Saya tak nak kalah dengan kakak... Saya belajar tingkatan 6, ambil STPM...lulus and dapat first batch intake untuk study Mass Comm di UiTM, thats my dream. Syukur pada Allah. Sebenarnya, perjalanan tak semudah tu. Background family saya bukan orang senang pasal ayah saja yang kerja, kerja govt gaji tak banyak. Abang2 & kakak semua further study. Ayah tanggung sorang, lagipun masa saya further study dulu, ayah baru lepas operation, kurang sihat. Saya pergi sendiri. Masa konvo family tak ada yang temankan saya, hanya ada boyfriend, terima kasih. Family tak pergi sebab mak chemotherapy sebab dapat breast cancer. Saya faham, so..mostly sepanjang belajar, saya self finance. Masa tengah study memang sedih sebab tengok kawan boleh beli itu ini, saya kena simpan duit untuk sara diri. Tak apa, sekarang baru saya rasa manisnya. :')

Masa mencari kerja pun bukan senang. Jelous jugak sebab tengok ada kawan yang terus dapat kerja lepas belajar...senang je dapat. Tapi saya kena usaha keras untuk dapat kerja. Saya pernah kerja kuli walau saya ada degree. Sebab kehidupan mendesak saya untuk cari duit sendiri. Saya duduk di KL dan kerja kuli. 3 kerja dalam satu masa. Bukan mudah. Saya nak duduk di Kuching tetapi definitely bukan senang sebab di Kuching payah nak cari kerja kuli dengan gaji banyak. Sebab dah abis study, perbelanjaan rumah saya pun bertanggungjawab juga. Hantar duit kat mak ayah. Itulah, orang senang nak judge hidup kita, kadang-kadang bukan salah kita pon org tak puas hati, still orang tuding jari kat kita. :)

Sekarang ni pon, saya balik Kuching pon sebab kerja disini macam sudah semakin stable. Income stable...saya boleh atur perbelanjaan. Kalau saya duduk di Kuching gaji tak stable, menyusahkan mak ayah adalah, bukan nak bantu. Sekarang okey sikit.

Sekarang ni saya still trainee. Nak dapat kerja bukan senang. For the mean time untuk sesiapa yang tak ada kerja tu...kerjalah apa-apa pun. Jangan choosy sangat. Saya pernah kerja kuli dengan ada degree... masa tu rasa macam tak worth pun ada ambik degree kerja kuli. bertahun belajar, beribu dah abis...kerja kuli...haha. masa tu marah tak ingat sebab ye lah, belum grad pun tapi transkrip dah keluar tak dapat kerja guna degree... heh. benda kecik. belum sampai setahun. Ada orang duduk berbulan-bulan kat rumah, tak kerja, ada degree jugak. Saya tak macam tu, tak sempat ada masa bermalas-malasan kat rumah. Saya tak kerja sebulan pon orang dah bising. Sampaikan kakak saya kesian kat saya pasal tak sempat rasa menganggur. Haha. :')

Adik-adik. Kerja tetap bukan senang nak dapat. Nasihat saya, kerjalah walau kerja apa pun, rezeki tu datang kemudian. Sekarang ingatlah, Allah tengah nak uji, kita sabar atau tidak. Pasti ada rezeki untuk kita sebab itu kita masih bernafas di bumi Nya. Kalau kita asyik merungut tak ada kerja, sama seperti kita ni salahkan Allah sebab tak bagi rezeki. Kang tak ada rezeki betul2 baru tahu. Kerja lah apa pun, asalkan halal. Kuli tak apa, jadi kuli halal. Pedulilah orang nak kata apa sebab, yang rasa susah senang bukan orang tu, tapi kita sendiri. Sementara badan masih muda, masih sihat kerja lebih sikit tak apa. Nasib sorang-sorang tak sama awak..

Saturday, August 25, 2012

Demam & risau

Saya masih demam hingga ke saat ini. Huuuuu. Isnin dah mula bekerja. Saya tak sihat, sangat tak best nak kerja. Malam tadi ter check email kerja. Isnin selasa ada visitors from overseas, selasa meeting. Rabu khamis jumaat memang busy la kalau dah awal minggu busy....Semoga dapat siapkan bulletin cepat2. I work with all department. Ini cabaran. Saya risau makin ubat hari2..makin tak skip. Tapi still demam. Tak cukup rest... Mungkin juga...