Pages

Friday, October 14, 2011

Dilema konvo

Ahad ni cuti sebab rehearse untuk konvokesyen. Hmm, bukan nak cakap apa, memang mood nak konvo tu dah takde. Plan semua tak menjadi. Tapi takpa, manusia merancang tuhan tentukan. Therefore, I think its better not to buy myself a new outfit for this convocation. Pakai baju kurung royal blue tu pon sudah cukup nampak meriah. Alhamdulillah, dalam kesedihan begini, Zai memang pandai pampered kan hati saya. He let me buy a new shawl for my special day. Thanks dear. :)

Nanti, nak hantar nama untuk tetamu khas masuk dalam dewan, mak suruh saya letak nama Zai. Ada satu lagi seat kosong. Ingat nak sponsor salah seorang my siblings untuk datang hari tu nanti. Sebab semalam usha tiket macam affordable. Tapi, takde sorang pon macam convenient nak datang. Along dan Adik takde cuti, kakak dah ada anak dan suami, leceh pulak nak datang. Dah la konvo tu falls on weekdays. Memang haruuu.Tinggal sorang je yang saya congak macam boleh datang. Abang~ Pengharapan terakhir. Tapi, itu lah, dia pon dah kerja, ada isteri, ada commitment lain, tak boleh nak paksa dia datang. Kalau paksa kang, lain pulak jadinya. Tapi kalau dia nak, saya nak je sponsor dia datang. Nanti takde la sunyi sangat. At least ada la wakil keluarga datang tengok saya salam dengan Yang di-Pertuan Agong nanti. But it's ok Eynee. That's only your first degree. It's ok, it's ok~ *tears*

Sekali lagi, Zai memang pandai pampered hati saya. InsyaAllah, nanti ada rezeki lebih bolehlah beli camera baru. Alhamdulillah, rezeki berkat bersabar semakin melimpah ruah. Boleh lah menyimpan sikit-sikit. :)

Tutup cerita konvo. Kita buka cerita bisnes. Minggu lepas takde lah melenggang kangkung macam minggu ni (walaupun tidak boleh melenggang juga sebab kerja). Khamis hingga Sabtu lepas, usaha sama Encik Zai, Encik Ikram dan Cik Eynee buat bisnes dimsum menjadi dan untung sangat menggalakkan kami buat bisnes lagi. Alhamdulillah, rezeki. Saya gembira sebab sekarang buah hati saya dah pandai buat bisnes tambahan pula dia memang seorang yang rajin lagi berpegang pada komitmen, dia dah ada pakej untuk jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah, cerah masa depan.  :')

Ini dimsum nya~ (credit to Achiek Thumbelina for this photo)      
















Thursday, October 13, 2011

Cough and Flu

I haven't done fighting with this serious cough and flu. Haish. What a nuisance... I went to the doctor for the past few days and the doctor gave me antibiotic which was I've finished them already and the expectorant cough syrup and I have another about one quarter left  and the hell medicine is not working. and then, I cried. It's suffocating me. 

T___________________T



Wednesday, October 5, 2011

Mak...

Mak, saya bersedih. Fikiran juga bercelaru. Maafkan saya sebab bersedih. Disebabkan  pelbagai perkara saya bersedih. Kesihatan ahli kelurga yang sering di uji sekarang buat saya sangan bersedih hati. Bila fikirkan mak dan bapak, hati memang sedih. Harap-harap emak hari ini kuat lepas buat kimoterapi. Semoga Allah beri kekuatan pada mak. Tapi saya tahu, mak memang tabah. Mak memang manusia yang paling kuat. Walau saya tahu dia emak saya yang paling sensitif. Saya tahu, air mata nya pasti mengalir sebelum tidur memikirkan ujian yang diberi Allah. Saya juga tahu, emak pasti rindu pada saya dan kakak yang jauh di mata. Wahai emak, mak tahukan anak perempuan mak kuat? Harap mak bersabar, nanti anak-anak perempuan mak pulang juga jenguk mak. 

Mak, hati saya ni sangat hiba, terlampau sebak bila tengok gambar mak. Abang upload gambar mak kat facebook, saya tak tertahan. Rasa mahu menangis tapi mak ajar saya jadi kuat. Mak tahu, biasanya saya telefon mak hari-hari mengadu itu ini. Sekarang dah tak lagi sebab saya nak mak tahu hidup saya senang, hati saya senang. Mak, kalau mak tahu apa yang saya sedang lalui, mak pasti sedih. Saya tak nak mak tahu. Mak, saya tak mahu kehilangan mak. Saya kat sini cari duit banyak-banyak, beli ubat mak. Tolong ringankan bahu kakak, abang dan adik. Mak, saya rindu mak. Dulu bolehlah nak mengadu macam-macam. Sekarang, saya betul-betul tak nak mak bersedih. Mungkin ini cara Allah tunjuk jalan untuk saya berubah untuk jadi lebih kuat. Mak jaga diri elok-elok. Semangat harus kuat.

Tadi bapak sms saya mak dah selesai buat kimoterapi, saya tak sempat nak call dulu sebab saya tengah sakit, sedang menangis. Saya tak nak mak tahu saya sakit. Saya risau saya pun dapat kanser macam mak. Esok saya mahu ke klinik awal-awal pagi. Nekad, sebab sudah 2 minggu lebih saya tangguh.. Harap-harap, Iman boleh tolong bawa saya ke klinik esok. Mak, malam tadi tak boleh tidur sebab sakit sangat. Mak, saya rindu mak.