Pages

Tuesday, March 22, 2011

Twitter Saya

Hai kawan-kawan blogger!

Selamat Berhari Selasa. Anda semua apa khabar? Saya baik-baik saja hari ni sebab saya semangat nak habiskan internship. Ada lagi 13 belas hari weekdays. HAHA ;p

Bulan depan saya nak terbang ke Kuala Lumpur then naik kenderaan darat menuju ke Shah Alam untuk hantar dan bentang laporan latihan industri. Saya rindu Shah Alam. Saya rindu UiTM. Saya rindu McD Section 3, dan yang paling penting, saya rindu buah hati. Oh, nak jumpa abang, nak jumpa abang.... :)

Eh, hari ini saya nak bagitau korang semua bahawasanya, saya ada twitter. Ok? Cepat bagi sokongan. Maksudnya cepat follow. huahuahua! so far so good. Twitter best. I loike. Peminat facebook jangan kecil hati. Facebook pun best jugak. Saya ada facebook sejak dari tahun 2008. Jangan risau. Facebook best sampai saya sanggup delete account friendster. lul.

Kepada sesiapa yang dah lama main twitter, sila jangan kutuk saya jakun. Ok? Saya tak ada blackberry pon Y____Y. Apa kaitan twitter dan blackberry? Cepat fikir!

Sebenarnya, saya dah join twitter setahun yang lepas. Entah kenapa jarang log in lepas tu selalu sangat lupa password  and tukar password. Sekarang selalu log in, dah ingat selalu. 

Ok kawan2. Saya nak explore twitter. Dah ada 6 orang follower and memfollow 9orang termasuk Zee Avi. Sebab jatuh cinta dengan lagu beliau Just You And Me. that song sound so us (maksudnya Encik Zai dan Cik Eynee) :)

Saya nak upgrade lagi blog dan twitter. Babai! Jumpa lagi. 

Layan je gambar Zee Avi and gambar twitter kat bawah ni walau tade kaitan dengan anda. Tapi ada kaitan dengan saya. Sebab..it's my territory. Ceh.




gambar google

MODE:  NAK CARI JALAN SUPAYA BOLEH TAMBAH FOLLOWER  AND NAK FOLLOW RAMAI ORANG KAT TWITTER. TOLONG SAYA, BOLEH? :P 

Friday, March 18, 2011

Jadi lebih baik dengan blogging

Sudah banyak kali saya buat blog lepas tu delete, buat lepas tu delete, delete lepas buat. Uhh~ apakah saya buat blog hanyalah untuk di delete? Kenapa saya ada blog? Sebab saya nak delete? HAHA. 

Sekarang, saya lebih serius berblogging sebab pada pendapat saya, dengan berblogging kita jadi lebih penyayang, berfikiran terbuka dan banyak mendorong ke arah kebaikan. Walaubagaimanapun, kena jaga-jaga jugak ayat dan perkataan yang nak di-gu-na-pa-kai. :)

Untuk orang yang tak ada pet macam saya ni, blogging boleh memupuk perasaan kasih sayang dan tanggungjawab. Saya ingat lagi, abang saya kata, kalau orang yang bela haiwan ni lebih bersikap prihatin, penyayang dan bertanggungjawab sebab mereka faham perasaan pet mereka. Kalau lapar, diberi makanan, kalau sejuk, bagi selimut dan macam-macam lagi benda yang saya tahu saya tak boleh nak buat. Saya tak ada pet dan saya tak nak ada pet sebab bagi saya pet ni susah sikit nak jaga. Saya malas dan tak bela haiwan. Lagi-lagi haiwan berbulu macam hamster, kucing dan sewaktu dengannya. Bukan saya benci. Saya tak suka. HAHA.

Oleh yang demikian, saya berkeputusan nak menjadikan blog saya macam pet... HAHA. Nampak tak persamaannya? Nampak tak? 
  1. Blogging ajar saya untuk jadi lebih bertanggungjawab, prihatin dan penyayang. Saya sayang blog lalu, meng-update blog secara kerap. Saya sayang blog lalu menukar layout dan mencantikkan secara ikut suka hati saya asalkan nampak cantik, kemas, senang baca dan mudah.
  2. Blogging ajar saya erti minat akan sesuatu lalu berusaha keras dapatkan apa yang diminati.
  3. Blogging paksa saya jadi banyak membaca sebab saya nak update blog saya dengan output yang menarik, beneficial dan juga bukan cakap kosong.
  4. Blog menjadikan saya lebih tabah dan yakin. Bila saya tengok ada orang baca blog saya, saya suka dan saya jadi yakin diri. :)
  5. Blog disiplinkan saya untuk bayar bil internet.
  6. Blog tempat saya bila saya sunyi. Saya ada buat something.
  7. Blog buat saya banyak baca dan jadikan saya stalker yang hebat. HAHA.
  8. Blogging keeps me updated dengan cerita -cerita disekeliling, saya jadi faham situasi orang lain. Not only by facebooking. ;p
  9. Blog keeps me away from loneliness. Saya ada ramai kawan-kawan blogging yang baik hati sebab sudi baca entri saya seperti anda!
  10. Erk, saya tak larat nak list out banyak-banyak sebab korang boleh fikirkan juga benefit blog kan?
Itu lah kelebihan blog pada saya. Namun, kita kena fikirkan juga keburukannya... Sebab tu la kalau nak buat apa-apa pun kena berpada-pada selalu. 

I love this quote yang saya baru baca tadi, it sounds like this:

     ''WHATEVER YOU CARE ABOUT, IS YOUR RESPONSIBILITY''
Betul lah kan?       
p/s:  Dari tadi saya asyik nyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain. Best pulak lagu tu. Saya baru realise lepas tengok movie Hikaya Merong Mahawangsa minggu lepas. Superb Malaysian Epic Film. Puji KRU! Sapa tak tengok lagi, cepat pergi tengok. Tak rugi. :D

Tuesday, March 15, 2011

Saya nak jadi bintang hati awak...boleh?

Berat sungguh rasa hati.

Saya tau awak tak baca blog saya.
Saya tau.. dan kalau saya minta awak baca pon susah awak nak baca blog saya.
Oh, baik tak payah minta apa-apa lagi dengan awak.
Saya minta pon awak buat tak kisah je dengan saya.
Hampir setiap sepuluh minit saya tengok phone saya, kot kot awak ada msj or call.
Tapi takda, jarang ada. 
Kalau ada saya akan selalu senyum2 macam bintang senyum. 
Pernah tengok bintang senyum? Tak? 
Senyuman bintang macam senyuman saya bila hati saya senang.
Bintang bercahaya, begitulah saya.
Saya mahu jadi bintang hati awak, tapi macam taik bintang je. Urghhh 
T____T
Buat penat je nangis kerana awak.
Kalau awak kisah, tak apa lah.
Awak baik, awak bertanggungjawab tapi kenapa awak malas nak fikir apa yang saya fikir?
Awak kata saya cakap yang bukan-bukan, remeh-temeh pulak tuh..
Awak tau tak benda remeh tu, kalau kita biarkan nati melarat jadi serius.
Masa tu baru awak nak fikir menyesal? Baik tak payah.
Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk buat awak peduli.
Awak peduli pada saya tapi nampak macam tak sebab awak malas nak peduli.
Peduli lah, cakap banyak pon tak guna. 
Awak tak baca pon blog saya, kalau awak baca pon sebab saya minta awak baca...
Kalau awak baca pon sebab masa tu awak tengah bosan dah tak tau nak buat apa dah.
Saya lah yang terakhir awak cari...
Ikut suka awaklah, saya cuma nak cakap hargai perasaan orang yang betul-betul sayangkan awak sebelum awak hargai dia masa dia dah takda...

Awak tau, saya sangat sayangkan awak walaupon banyak kali awak buat macam awak tak kisah kat saya... 
Awak, hiduplah kat dunia luar sana, banyak sakit yang awak jumpa nanti, tapi tak apa awak kalau awak nak rasa sakit tu. kalau awak sakit... awak datang kat saya meh... saya ada penawarnya. saya sanggup jaga awak, saya sanggup ubati luka awak, sebab saya sayangkan awak sangat-sangat. sebab saya nak jadi bintang hati awak. 

Saya nak jadi bintang hati awak...boleh?